SISTEM PENGAGIHAN TENAGA ELEKTRIK

 
Sistem pengagihan ialah proses pengagihan tenaga elektrik daripada pencawang masuk utama ke beban pengguna. Di stesen penjana elektrik biasanya menjanakan arus ulang-alik voltan 11kV. Untuk mengurangkan kehilangan tenaga semasa penghantaran, voltan harus dinaikkan sehingga 132kV, 274kV dan 500kV yang dilakukan oleh transformer injak naik.


Di pencawang utama, voltan diturunkan sehingga ke nilai 33kV atau 11kV oleh transformer injak turun sebelum diagihkan kepada pencawang bahagian. Voltan di pencawang bahagian diturunkan lagi dengan menggunakan transformer injak turun sehingga 415V untuk kegunaan industri dan 240V untuk kegunaan rumah kediaman.


Pengagihan voltan bekalan ke punca pengguna dilakukan dengan menggunakan kabel bawah tanah dan talian atas. Voltan 415V dikenali sebagai voltan bekalan 3 fasa manakala voltan 240V dikenali sebagai voltan bekalan 1 fasa. Rajah menunjukkan sistem pengagihan bekalan 1 fasa dan 3 fasa.
 


 

0 comments:

Post a Comment